Friday, 9 November 2012

Renungan driku

     DETIK & LANGKAHKU..


   Setiap detik dan langkahku yang akan ku ambil 
    sepanjang kehidupan ini.Bagaikan satu ujian bagiku,bila berada dalam kemurungan
     dan kesedihan ALLAH bersamaku.Bila berada dalam kejayaan dan kebahagian Dia masih bersamaku,
       ALLAH tidak pernah tidur.ALLAH tahu apa yang aku akan buat.SubHANALLAH.

Setiap detik dan langkahku,ada saja hitam dan putihnya.
Malaikat dikiri dan dikananku sering membuat catatan apa yang aku buat.
Baik buruk,baik yang sebaliknya.

           Setiap detik dan langkahku ,terdetik diminda untuk melakukan kebaikan,
    Arah kiri dan kanan menjadi pilihan.Tidak kira mana arah yang akan aku ambil semuanya bergantung kepadaku adakah inginkan kebaikan @ keburukan.

    Setiap detik dan langkahku,sudahkah aku melaksanakan perintah tuhan.tak kira yg susah @ senang.Adakah aku dah lalai tersesat ditengah jalan.Hanyut dimakam zaman.Aku mempunyai tanggunjawab yg besar kerana aku adalah Khalifah dimuka bumi ini.

     Setiap detik dan langkahku,terasa indah dan mudah bagiku untuk mengatakan cintakan kepadaNya.Kerna Dia tidak pernah sesekali pun meninggalkan aku takkala aku bersendirian.

Ya ALLAH ,Ya Rabb, aku bersyukur dengana apa yg telah engkau berikan kepadaku.
Terima kasih Ya ALLAH,kerna Engkau tidak pernah membiarkan aku dalam kesusahan.Setiap dugaan yg telah Engkau berikan kpda kau membuat aku lebih berusaha memperoleh keimanan.Dan aku tahu segala ujian ini adalah tanda kasih dan sayang mu kepada aku...Amin ya rabbilalamin..
     


No comments:

Post a Comment