Tuesday, 27 May 2014

SELAGI ADA NAFAS

Salam,





selagi ada nafas dan selagi ada nyawa marilah wahai pemuda pemudi umat manusia umat Nabi Muhammad saw, kita bersama-sama bangkit bersatu dan mengejar kerjayaan di dunia dan di akhirat agar mendapat keredhaan daripadaNya. 

      Hiduplah dengan aman dantenteram kerana kita dipertangunjawabkan atas segala perbuatan kita di dunia ini. Nabi kita telah tinggalkan kita Al quran  dan Hadis untuk kita jadikan ianya rujukan terhadap apa-apa perkara. Bertapa indahnya Islam itu setiap langkah dan perkara yang dilepas pandang dalam mana-mana agama lain ianya dipandang sebaliknya oleh Islam.sebagai contoh , bagaimana posisi tidur yang betul ianya telah diterangkan oleh Nabi kita tidur hendaklah mengiring ke kanan.ianya bagi memudahkan pernafasan kita semasa tidur.

SUBHANALLAH!!!

"BERFIKIRLAH DENGAN BERPANDUKAN AKL QURAN DAN HADIS AGAR TIDAK MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN MEMAKAN DIRI"


Sunday, 18 May 2014

Kahwin muda?

Salam,

   Penulis berminat nak berbincang tentang isu kahwin muda. Bagi penulis kahwin muda ada bagus dan ada yang tidak bagusnya, ini kerana memang Allah swt yang memberikan rezeki kepada kita kerana bila kita berkahwin nescaya Allah swt murahkan rezeki kita ini janjiNya. Tetapi tanpa usaha dan penat lelah kita tidak akan dapat memperoleh sebarang imbuhan daripadaNya. Kerana Allah swt ada berfirman dalam al quran dalam surah ar-rad ayat -11 yang bermaksud yang Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka berubah keadaan mereka dengan sendiri.

 Jadi dalam konteks berkahwin muda ini sememangnya bagus jika ia mendatangkan manfaat kepada agama,keluarga dan individu itu sendiri tetapi sebaliknya ianya kan mengakibatkan perceraian, penderaan, perselisihan faham dan pergaduhan. Benda yang baik kalau dibuat dengan niat kerana Allah swt semata mata akan mendatangkan pahala untuk kita tetapi jika sebaliknya ianya akan menjadikan satu bala yang kita sendiri minta.

Ingat perkara yang mudah,senang, atau simple itu sebenar akan menjadi satu perkara yang mendatangkan masalah jika kita tidak berpegang teguh dengan apa yang telah Islam anjurkan.
 
                AL QURAN DAN HADITH.(KALAM ALLAH DAN SIRAH NABI)

Monday, 5 May 2014

kembara masjid (edisi pertamaku)

Assalammualaikum, walaupun tiada sesiapa yang membaca blog ini. Namun saya tetap akan terus menulis dan berkarya dengan inovasi yang baru. Saya ingin merakamkan satu perjalanan kembara dari masjid ke masjid diseluruh Malaysia. Ianya bermula di masjid ditempat saya belajar iaitu masjid kipsas.Harap ianya akan menjadi satu saluran dakwah secara wasilah.


KIPSAS(KOLEJ ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH)