Salam,
Penulis berminat nak berbincang tentang isu kahwin muda. Bagi penulis kahwin muda ada bagus dan ada yang tidak bagusnya, ini kerana memang Allah swt yang memberikan rezeki kepada kita kerana bila kita berkahwin nescaya Allah swt murahkan rezeki kita ini janjiNya. Tetapi tanpa usaha dan penat lelah kita tidak akan dapat memperoleh sebarang imbuhan daripadaNya. Kerana Allah swt ada berfirman dalam al quran dalam surah ar-rad ayat -11 yang bermaksud yang Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka berubah keadaan mereka dengan sendiri.
Jadi dalam konteks berkahwin muda ini sememangnya bagus jika ia mendatangkan manfaat kepada agama,keluarga dan individu itu sendiri tetapi sebaliknya ianya kan mengakibatkan perceraian, penderaan, perselisihan faham dan pergaduhan. Benda yang baik kalau dibuat dengan niat kerana Allah swt semata mata akan mendatangkan pahala untuk kita tetapi jika sebaliknya ianya akan menjadikan satu bala yang kita sendiri minta.
Ingat perkara yang mudah,senang, atau simple itu sebenar akan menjadi satu perkara yang mendatangkan masalah jika kita tidak berpegang teguh dengan apa yang telah Islam anjurkan.
AL QURAN DAN HADITH.(KALAM ALLAH DAN SIRAH NABI)
.jpg)
No comments:
Post a Comment